Memorandum bantahan Penahanan ISA 2010

Pada 20 Februari 2010, GMI menghantar memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Siva Subramaniam berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia, rakyat Syria, Yaman, Nigeria dan Jordan. Kuliah dihadiri oleh 50 orang tetapi 38 orang dibebaskan. Mereka hendaklah dibebaskan atau segera dibicarakan agar pembelaan dapat dibuat. GMI akan mengadakan demonstrasi jika tiada susulan daripada Suhakam.

Kaedah pembelajaran Wahabi berbeza tetapi tidak sehingga menyalahi Islam . Mereka bukan ajaran sesat. Homam Abdulalim hairan kenapa mengaitkan Wahabi dan Salafi sebagai pengganas.Salafi adalah anti-pengganas, kami menggelar pengganas sebagai khawarij . Jangan gunakan ISA jika tidak dapat melawan hujah.

Maklumat tambahan dari kedutaan asing, keluaraga dan agensi keselamatan Malaysia diperlukan .Turut menyerahkan memorandum itu ialah dua anggota keluarga dan juga seorang rakan kepada individu yang ditahan.[3] Mereka tidak patut dihantar pulang ke negara asal kerana belum menamatkan pengajian di UIAM.

Pada 22 Februari 2010, GMI dan Suaram merayu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membenarkan tahanan ISA berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam mereka.Ada di antara tahanan ISA termasuk warga asing tidak diberikan kebenaran untuk bertemu keluarga masing-masing atau diberikan hak untuk mendapatkan bantuan guaman walaupun sudah ditahan selama 31 hari.Peguam mereka, Syahredzan Johan menyatakan satu permohonan habeas corpus telah difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan tahanan dan permohonan itu dijadualkan didengar pada 10 Mac 2010. Ada ura-ura kerajaan hendak menghantar mereka pulang sedangkan belum tahu nasib mereka apabila pulang. Keadaan kesihatan dan kebajikan (makan dan minum) tidak diketahui.[4]